RSS

My Final Year Exam Result

Sekolah dah nak start dah... hurmm.. ak baru je tau result ak... huhu, lmbatnyer... soalan peperiksaan susah jugak laa.. nasib baik ak habiskan masa ak utk mmbaca sbb masa tu Internet ak tak jdi... kalau Internet ak jdi masa tu, konferm ak habiskan masa ak dgn FaceBook.. Buku jugak kan?... Subjek paling susah bagi ak masa tu ialah Bahasa Arab.. fuhh, mmg ak bleh jawab sikit jer, yg lain tak tau tpi jawab jugak... psstt.. ak meniru sikit semasa exam Bahasa Arab, jgn bagi tau kat org lain yer... Keputusan peperiksaan cukup memuaskan hati aku.. huhu....

BM   = 88 = A
BI     = 80 = A
SC    = 89 = A
MT   = 90 = A
KH   = 86 = A
GEO = 84 = A
SEJ   = 76 = B
PAI   = 68 = C
BA    = 40 = D  <== WAH TINGGINYER!!!

6A 1B 1C 1D.... huhu, nasib baik tak ada E ... ak dpt no.3 dlm kelas dan no.7 dlm tingkatan...

sekarang nk bercerita pulak....

BM
Nama Cikgu BM ak ialah Cikgu Zamzuri.... Cikgu ni baik gilerr... tak garang pun... tpi kerja sekolah kena siap... cikgu ni selalu tambah markah free setiap kali peperiksaan, jdi senang ak nk dpt A.. huhu..

BI
Nama cikgu yg mula-mula mengajar BI dlm kelas ak ialah Teacher Norbaya... Cikgu ni pun baik jugak,, semasa belajar dgn cikgu ni senang jer nk dpt A dlm exam BI .. Semasa bulan Jun, Teacher Norbaya diganti dgn Sir Alias... Sir Alias ni lgi lah baik, tak pernah garang pun...100% tak pernah garang.... kalau budak2 kelas ak tengah brbual dgn dia, dia layan jer.... semasa Sir Alias mengajar, kerja sekolah BI jadi semakin bnyk yg tak siap sbb dia tak marah pun...

SC
Cikgu yg mengajar ak ialah Cikgu Mat Yassim.. serious, cikgu ni garang gilerr, tak siapa berani berbual masa dia tgh mengajar, kalau brbual tahulah akibatnyer.... mesti tumpukan prhatian semasa dia tgh mengajar, kalau tak tumpu prhatian kena denda... 10 kali ketuk ketampi.... dia buat mcm ni bukan apa, nk suruh kita pndai.. kalau tak,, mgkin ak tak dpt A Science sekarang ni..

MT
Cikgu Azmi.... cikgu ni baik dan kelakar... jadi best je nk belajar Mathematics...  apa yg paling menarik... ak dpt 90 mrkah Mathematics dari awal tahun hingga akhir tahun... pelikkan?? bukan senang nk maintain kan markah...

KH
Ada dua Cikgu.. ak pun tak tahulah kenapa... 1. Cikgu Abdullah 2. Cikgu Nik Ramani... dua-dua cikgu ni baik..,. apa yg ak tak dpt lupakan,.. ak buat satu letupan dlm bengkel.. ak rasa jantung ak brhenti masa tu.. ak kene marah teruk dgn Cikgu Nik Ramani.. mmg pengalaman yg menakutkan dan melucukan.. nasib baik masa tu percikan letupan tu tak kena mata, kalau tak, ak rasa dh buta sekarang ni...,, ak pun prnah kena marah dgn Cikgu Abdullah sbb bergurau dlm bengkel... kene marah kali ni mmg memalukan.... haha, nakal jugak ak yerr...

GEO
Nama cikgu Geografi aku ialah Cikgu Azizah... Cikgu Azizah ni cikgu tgkatan 6 dan cara mengajar kelas ak pun ala-ala tgkatan 6.... kadang2 Cikgu ni garang dan kadang2 baik ...

SEJ
Nama Cikgu Sejarah aku ilah Cikgu Zaidi .. Cikgu ni sakit, kadang2 tak dpt masuk mengajar... dekat akhir tahun, sakit cikgu semakin teruk... dia tak dpt masuk mengajar sbb kelas ak ni bising.. kalau kelas lain dia masuk... lepas tu, dia dh tak mari ke sekolah, mgkin diberi cuti oleh pihak sekolah.. tahun depan InsyaAllah dia ada balik.... selama 2 bulan kelas aku tak ada Cikgu Sejarah... kalau masa Sejarah, budak2 kelas ak ni krja dia berbual dan mmbisingkan kelas...

PAI
Nama Cikgu PAI dan guru kelas aku ialah Ustazah Azini... Ustazah ni baik tak garang pun.. tak ada nota pun kena buat.. buku yg diperlukan ialah Buku Teks dan Buku Latihan jer.. Ustazah ni sambil mengajar sambil bercerita.... best jugak la belajar dgn Ustazah ni.. aku tidur pun dia tak marah.. hehe... 

BA
Aku memang tak minat Bahasa Arab sejak ak drjah 1 hingga drjah 6 lgi..... masa tingkatan 1 sebenarnya ak kelas biasa, tak ada Bahasa Arab pun.. lepas tu mak ak suruh ak masuk kelas Arab... apa boleh buat, ak pun masuk je laa kelas tu... disebabkan ak dari dulu lgi tak minat Bahasa Arab, jdi susah utk ak mempelajarinya dan ak cuba utk meminatinya semasa ak tgkatan 1... Bagi aku, susah jugak la Bahasa Arab sbb ak tak minat... sbb ak dpt rndah Bahasa Arab la ak turun kelas dr 1is ke 2ik.. tapi takpe, ak akan cuba lgi di 2ik....oooppsss, lupa nk cakap nama cikgu Bahasa Arab ak... Nama Cikgu Bahasa Arab aku ialah Ustazah Azilah..
_____________________________________________________________________
Disini saya nak ambik kesempatan untuk ucap tahniah kat sepupu saya yg dpt 9A PMR...
Nama dia Syafiqa Izzati... comel tak nama dia??